Profile Perusahaan

HR Marketing Sdn Bhd merupakan syarikat jualan langsung yang berasaskan Multi Lavel Marketing. Berpengkalan di Alor Setar, HR telah berkembang hebat dan maju selari dengan tuntutan ekonomi global iaitu menerjah ke pasaran MLM. Syarikat ini adalah dedikasi dua anak melayu tempatan yang inginkan berkongsi kejayaan mereka bersama rakyat Malaysia. Mengunjurkan keuntungan yang tinggi, HR berdaya saing memberikan bonus yang tinggi kepada setiap usahawannya. Selain berniaga HR juga bergiat aktif dalam isu kemasyarakatan dimana setiap keuntungannya disalurkan ke rumah anak-anak yatim dan juga sekolah-sekolah agama yang kini berada di Selatan Thailand. Memandangkan para usahawan HR sering bergiat aktif mengukuhkan pasaran HR, HR Marketing memperkenalkan Pelan Khairat Kematian kepada setiap usahawannya. Ini adalah sebagai menghargai Usahawan HR yang melakukan perjalanan yang jauh dan dapat membantu mereka sekiranya berlaku kecelakaan yang tidak diminta-minta. Bersama VISI dan MISI HR, bersama kita memperkukuhkan ekonomi ummah, meningkatkan martabat Islam di dalam Perniagaan MLM.



0 komentar:

Posting Komentar